keadaan dapur Pn.Zulaika
Pn.Zulaikha bersama anak-anaknya
Arus kemodenan yang sering melanda negara kita membawa perubahan drastik dari segi ekonomi ,politik dan juga sosial. Ada yang dapat manfaat dengan perubahan ini namun segelintir golongan masyarakat masih hidup merintih kerana tidak dapat mengikuti perubahan tersebut.Walaupun pelbagai teknologi yang canggih sudah bertapak di bumi kita,namun ada juga masalah-masalah sosial yang masih belum mendapat penawaran yang tepat.
Keluarga Pn.Siti Zulaika binti Muhammad Razlan yang tinggal di Senawang,Seremban merupakan salah sebuah keluarga yang hidup merintih dalam kesusahan walaupun teknologi canggih ,kemajuan Negara membawa perubahan positif dalam corak hidup masyarakat Malaysia.Rumah teras yang serba sederhana menjadi tempat bagai syurga bagi Pn.Zulaika dan ahli keluarganya yang terdiri daripada dua orang anak kecil yang bernama Siti Rasya Aliah dan Mohd Razi. Suaminya En.Roslan bin Kasim berkerja sebagai pembantu pendaftar di Hospital Besar Seremban.Pendapatan sebulan sebanyak RM.900.00 hanya cukup untuk mereka mengisi perut mereka serta membayar sewa rumah sebanyak RM.200.00 sebulan membuat En.Roslan berkerja keras untuk menyara keluarga beliau.

Apa yang menyedihkan hati ialah anak comel Pn.Zulaika iaitu Siti Rasya Aliah yang ber usia 5 tahun mengalami masalah pertumbuhan sejak lahir lagi.Dengan pendapatan yang serba kekurangan itu,En.Roslan tidak dapat membeli makanan yang berzat untuk anak-anak beliau.Beliau hanya mampu membeli tepung susu biasa yang terdapat di kedai runcit dimana kualitinya rendah dan murah.Isterinya Pn.Zulaika berhenti kerja kerana menjaga anak kecilnya yang sering mengalami masalah kesihatan dan memerlukan pertolongan beliau.Anak sulungnya Mohd Razi walaupun sudah berusia 6 tahun,tetapi tidak belajar di tadika kerana kos perpelanjaanya tidak mampu di bayar oleh bapanya.
Hidup serba sederhana dalam kemiskinan menjadi kebiasaan bagi keluarga ini.sofa-sofa yang mahal hanya menjadi impian bagi mereka. Kerusi-kerusi plastik yang mengisi ruang tamu menjadi hiasan yang cantik buat mereka. Rak meja makanan buatan sendiri oleh En.Roslan kerap di biarkan tanpa hidangan makanan yang berlazat disebabkan olek pendapatan beliau yang rendah.Menurut Pn.Zulaika ,kadang kala beliau dapat bantuan makanan dari jiran-jiran beliau seperti susu tepung untuk anaknya.Beginilah rutin kehidupan harian Pn.Zulaika selama 7 tahun yang hidup dalam kemiskinnan managih harapan untuk memulihkan kesihatan anak bongsu serta membaiki taraf hidupnya..