Wednesday, November 12, 2008

green




green trees gift from nature






The word green is closely related to the Old English verb growan, “to grow”. It is used to describe plants or the ocean. Sometimes it can also describe someone who is inexperienced, jealous, or sick. In America, green is a slang term for money, among other things. Several colloquialisms have derived from these meanings, such as “green around the gills”, a phrase used to describe a person who looks ill. Whenever we think about green, we will imagine about tree.
A tree is a
perennial woody plant. It is most often defined as a woody plant that has many secondary branches supported clear of the ground on a single main stem or trunk with clear apical dominance. Trees are an important component of the natural landscape because of their prevention of erosion and the provision of a weather-sheltered ecosystem in and under their foliage. Trees also play an important role in producing oxygen and reducing carbon

a beutiful money plant suitable for home landscape.



dioxide in the atmosphere, as well as moderating ground temperatures. They are also elements in landscaping and agriculture, both for their aesthetic appeal and their orchard crops (such as apples). Wood from trees is a building material, as well as a primary energy source in many developing countries





A tree is a plant form that occurs in many different orders and families of plants. Trees show a variety of growth forms, leaf type and shape, bark characteristics, and reproductive organs.


beatiful green leaf




The tree form has evolved separately in unrelated classes of plants, in response to similar


environmental challenges, making it a classic example of parallel evolution. With an estimate of 100,000 tree species, the number of tree species worldwide might total 25 percent of all living plant species. The majority of tree species grow in tropical regions of the world and many of these areas have not been surveyed yet by botanists, making species diversity and ranges poorly understood. We as human being should prevent and protect trees from destroyed to protect this world from air pollution. Global warming is a most serious issue that cause of cutting trees for development that not good for living environment. So stop cutting trees and encourage people to plant tree and other crops which will help us to reduce global warming and air pollution. We should assume tree as our friend and be friendly with nature.

Thursday, September 18, 2008


Warna warni kehidupan Masyarakat India Chetti……









masyarakat India Chetti,Gajah Berang






Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan “daya” yang bererti kecergasan fikiran dan akal. Malaysia merupakan negara yang terkenal kerana pelbagaian etnik dan kebudayaannya. Budaya sesebuah kaum akan membentuk cara hidupan harian kaum tersebut serta menjadi identiti yang menggambarkan cara hidup mereka kepada kaum lain. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai budaya masing-masing yang telah diperaktikan sehingga kini. Salah sebuah etnik yang mempunyai pelbagai adat serta gaya hidup yang menarik dan budaya yang menggambarkan kombinasi budaya tiga kaum majoriti di Malaysia iaitu budaya Melayu,India dan Cina ialah etnik India Chetti.

Masyarakat Chetti wujud semasa pemerintahan Parameswara dan kebanyakan daripada mereka merupakan kumpulan pedagang yang tinggal di Kampung Kling dan Kampung Belanda pada masa itu. Pedagang-pedagang ini berasal dari Pantai Coramendel, Kalingapatnam, Selatan India dan Tamil Nadu.

Pada masa dahulu, ada kalangan masyarakat Chetti menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri seperti Jawatan Bendahara manakala pada zaman Pemerintahan Belanda, mereka dikenakan kawalan ketat oleh pihak Belanda dalam urusan perniagaan sehingga menyebabkan mereka berpindah ke kawasan pedalaman seperti di Gajah Berang, Bachang dan Tengkera.


Kesan daripada peristiwa itu,mereka telah menukar peniaga kepada petani. Kini perkampungan Chetti yang terletak di Gajah Berang berada di bawah pentadbiran pemegang amanah atas nama kovil Sri Poyatha Venayagar Moorthi.Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-laidalam bahasa Tamil.


Akibat bertembungan budaya India dengan budaya Melayu, budaya masyarakat ini bercampur pelbagai adat dari budaya India dengan budaya Melayu. Walaupun mereka beragama Hindu,namun bahasa ibunda mereka bukan bahasa Tamil ,tetapi bahasa Melayu.




perkhawinan masyarakat Chetti



makanan Chetti


Tambahan pula, cara berpakaian mereka juga hampir sama seperti orang Melayu,iaitu berpakaian kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala. Malah makanan mereka juga hampir sama seperti masyarakat tempatan iaitu masak gerang asam,sambal belimbing telur ikan,masak pin dang dan lain –lain lagi.


perayaan Ponggal


Perkhawinan masyarakat ini juga menarik dan unik sekali kerana mereka berpakaian seperti Baba dan Nyonya. Kaum wanita berpakaian baju berlengan panjang dan bukannya sari serta kaum lelaki pula berpakaian serban dan baju Melayu labuh. Namun sedemikian, mereka akan melangsungkan perkhawinan seperti orang India iaitu akan mengikat tali. Kaum ini hidup bermasyarakat dan tolong –menolong antara satu sama lain dan hidup secara harmoni. Pada musim perayaan mereka akan berkumpul secara ramai-ramai untuk menyambut dengan meriah sekali seperti perayaan Ponggal dan Thiruvila. Hidup masyarakat Chetti yang berwarna –warni dengan pelbagai budaya melambangkan hidup masyarakat Malaysia iaitu “WARNA-WARNI MALAYSIA”.

gembira



laut membiru keistimewaan Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson..



Rumah Teepe-ala Red Indian menjadi pilihan utama para pelancong untuk menginap...






Kegembiraan merupakan satu perasaan yang dilalui oleh setiap individu dalam hidup
mereka tanpa mengira umur,jantina dan bangsa. Saat-saat gembira menjadi memori yang indah dalam diari seseorang dan menjadi pemangkin yang menceriakan hidup seseorang terutama sekali masyarakat meterialistik yang terlalu mengejar kearah impian tanpa menghiraukan perasaan untuk berasa gembira dengan keluarga atau tersayang. gembira bersama keluarga..


Melancong merupakan salah satu saat gembira yang boleh dilalui oleh seseorang bersama keluarga mereka. Masyarakat yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sekali-sekala memerlukan hiburan untuk menenangkan fikiran mereka. Artikel ini berlandaskan satu pelancongan di Port Dickson,Negeri Sembilan. Port Dickson sememangnya popular dengan pantai-pantai yang indah serta pelbagai tempat penginapan untuk pelancong. Bagi mereka yang ingin bergembira dengan kelaurga mereka, Port Dickson merupakan pilihan utama yang menjamin memori yang indah selama-lamanya.

Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah keluarga India yang sedang bergembira di Bandar Port Dickson. Eagle Ranch Resort menjadi pilihan keluarga ini semasa mereka melancong ke Port Dickson. Menurut salah seorang ahli Keluarga tersebut, iaitu Pn.Letchumy ibu kepada empat orang anak, Eagle Ranch Resort menjadi pilihan utama mereka , dimana mereka sering menginap semasa cuti.

Malah tempat ini juga menyediakan pelbagai ala tempat penginapan seperti Tepee,Rumah Pedati,Rumah Panjang dan juga Rumah Papan untuk para pelancong menginap. Disini juga terdapat Ladang Burung Unta,kemudahan-kemudahan untuk bermain seperti memanah,menunggang kuda dan lain lain lagi.

Laut membiru diserlakan dengan pemandangan hijau serta angin yang bersepoi-sepoi bahasa membina suasana yang indah untuk bergembira bersama insan yang disayangi. Kunjungilah ke Port Dickson untuk bersukaria semasa musim cuti secara ramai-ramai.

Monday, September 8, 2008

cemas







seorang mahasiswa berwajah cemas memikirkan tentang peperiksaannya







Seorang pemandu memandu dengan cemas pada
waktu malam


Cemas

Tuhan mencipta umat manusia dengan pelbagai perasaan seperti gembira,marah, geram,cinta,sedih dan juga cemas. Mengikut Kamus Dewan, perasaan cemas didefinasikan segai perasaan bimbang , risau, gelisah dan takut yang akan menghantui diri seseorang ,apabila berada dalam keadaan yang kurang selesa.

Peresaan cemas akan menyelubungi diri seseorang apabila mereka berada dalam situasi yang baru seperti berucap di hadapan khalayak yang ramai,memandu kereta pada waktu gelap secara perseorangan dan membuat ulangkaji pada saat-saat terakhir untuk menghadapi peperiksaan boleh menyebabkan seseorang menjadi cemas secara tiba-tiba.

Beberapa petanda fisiologikal akan wujud dalam seseorang apabila mereka berasa cemas. Lazimnya mereka berasa kakinya bergetar,tapak tanganya berpeluh,sesak nafas dan jantungnya berdenyut kencang. Dalam keadaan begini si mangsa berasa pitam dan fikirannya buntu seketika. Tambahanpula, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerja dan tidak boleh bertindak secara spontan dan berasa seperti dirinya kaku. Misalnya ,pada waktu malam yang gelap , memandu kereta perseorangan di kawasan pedalaman memebuatkan sesetengah orang berasa cemas dan berfikir yang bukan-bukan. Maka , mereka akan memandu kereta dengan laju dan mungkin menyebabkan kemalangan yang dasyat. Perasaan cemas memang mengundang beberapa masalah kepada manusia. Namun ,terdapat juga beberapa langkah yang mudah untuk memulihkan keadaan sebegini.

Antaranya,mangsa harus bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan dan menyedari bahawa perasaan cemas itu ,hanya perasaan yang normal sahaja. Malah,mangsa juga harus menarik nafas dan menenangkan fikiran seketika dan rehat secukupnya. Ingatlah memori-memori yang indah supaya tidak berasa takut dan seseorang itu harus tahu menangani perasaan cemas kerana ia mungkin memudaratkan kesihatanya.



Wednesday, September 3, 2008

man at work


mahasiswa UPM sibuk ambil gambar


sarapan pagi baik untuk kesihatan




Pak Ngah sibuk meneliti kamera digital




senyum selalu




aduh..mengantuknya














cara mahasiswa UPM ambil gambar di kantin FBMK
























Gaya pelajar berdiri di atas jambatan Kolej KMR,UPM








Cara pegang kamera di tunjukkan oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang fotografi











































































































Wednesday, August 6, 2008

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul


keadaan dapur Pn.Zulaika














Pn.Zulaikha bersama anak-anaknya



Arus kemodenan yang sering melanda negara kita membawa perubahan drastik dari segi ekonomi ,politik dan juga sosial. Ada yang dapat manfaat dengan perubahan ini namun segelintir golongan masyarakat masih hidup merintih kerana tidak dapat mengikuti perubahan tersebut.Walaupun pelbagai teknologi yang canggih sudah bertapak di bumi kita,namun ada juga masalah-masalah sosial yang masih belum mendapat penawaran yang tepat.
Keluarga Pn.Siti Zulaika binti Muhammad Razlan yang tinggal di Senawang,Seremban merupakan salah sebuah keluarga yang hidup merintih dalam kesusahan walaupun teknologi canggih ,kemajuan Negara membawa perubahan positif dalam corak hidup masyarakat Malaysia.Rumah teras yang serba sederhana menjadi tempat bagai syurga bagi Pn.Zulaika dan ahli keluarganya yang terdiri daripada dua orang anak kecil yang bernama Siti Rasya Aliah dan Mohd Razi. Suaminya En.Roslan bin Kasim berkerja sebagai pembantu pendaftar di Hospital Besar Seremban.Pendapatan sebulan sebanyak RM.900.00 hanya cukup untuk mereka mengisi perut mereka serta membayar sewa rumah sebanyak RM.200.00 sebulan membuat En.Roslan berkerja keras untuk menyara keluarga beliau.
Apa yang menyedihkan hati ialah anak comel Pn.Zulaika iaitu Siti Rasya Aliah yang ber usia 5 tahun mengalami masalah pertumbuhan sejak lahir lagi.Dengan pendapatan yang serba kekurangan itu,En.Roslan tidak dapat membeli makanan yang berzat untuk anak-anak beliau.Beliau hanya mampu membeli tepung susu biasa yang terdapat di kedai runcit dimana kualitinya rendah dan murah.Isterinya Pn.Zulaika berhenti kerja kerana menjaga anak kecilnya yang sering mengalami masalah kesihatan dan memerlukan pertolongan beliau.Anak sulungnya Mohd Razi walaupun sudah berusia 6 tahun,tetapi tidak belajar di tadika kerana kos perpelanjaanya tidak mampu di bayar oleh bapanya.
Hidup serba sederhana dalam kemiskinan menjadi kebiasaan bagi keluarga ini.sofa-sofa yang mahal hanya menjadi impian bagi mereka. Kerusi-kerusi plastik yang mengisi ruang tamu menjadi hiasan yang cantik buat mereka. Rak meja makanan buatan sendiri oleh En.Roslan kerap di biarkan tanpa hidangan makanan yang berlazat disebabkan olek pendapatan beliau yang rendah.Menurut Pn.Zulaika ,kadang kala beliau dapat bantuan makanan dari jiran-jiran beliau seperti susu tepung untuk anaknya.Beginilah rutin kehidupan harian Pn.Zulaika selama 7 tahun yang hidup dalam kemiskinnan managih harapan untuk memulihkan kesihatan anak bongsu serta membaiki taraf hidupnya..

Tuesday, August 5, 2008

hujan emas di negeri orang





EN.Salim di restoran miliknya yang terletak di UPM.....
Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang sedang maju yang sering banjiri oleh pendatang-pendatang asing dari Negara jiran seperti

En.Salim menunjukan cara membuat roti canai bersama kawanya Naim di sebelah


India,Indonesia,China,Thailand,Myanmar. Pendatang –pendatang asing daripada Negara lain memilih Negara kita untuk menentukan nasib mereka supaya dapat hidup senang di Negara asal mereka kelak.

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka,Tanah Melayu menjadi tumpuan para padagang dari India ,sehingga mereka bergelar Tanah Melayu sebagai ‘Swarna bumi’ atau’ Bumi emas’ yang mendatangkan kekayaan kepada mereka.Sehingga hari bagi warga India Malaysia memang merupakan bumi emas. Kisah seorang warga India dari Mumbai membuktikan kenyataan ini.

Hasil temu bual dari seorang peniaga yang berasal dari Mumbai ,India membuktikan bahawa Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai potensi ekonomi yang kukuh. Beliau merupakan seorang warga India yang berasal dari Mumbai. Namanya salim,yang kini berusia 26 tahun.Semasa beliau berusia 19 tahun,beliau menjejak kaki ke Tanah Melayu untuk menentukan nasib beliau di sini. Beliau berkarja sebagai pembuat roti canai di sebuah warung kecil,di Universiti Putra Malaysia.Pada mulanya beliau rasa kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana tidak fasih dalam bahasa Melayu.Akan tetapi,setelah lama berkerja dengan rakan-rakan sekerja yang berbangsa Melayu,beliau dapat menguasai bahasa Melayu dengan cepat dan fasih menggunakanya.

Setelah lapan tahun berkerja di sini,beliau dapat membuktikan kemahiran beliau dalam membuat roti canai dalam varaiti yang berbeza seperti roti boom,roti sardine dan lain –lain lagi. Apa yang menarik tentang EN.Salim ialah,kini beliau telah membuka sebuah restoren makanan di tepi Perpustakaan Universiti Putra Malaysia dengan berjaya sekali.Beliau menyewa kedai makanan tersebut dan memberi perkhidmatan yng baik kepada pelanggan –pelanggan beliau yang terdiri daripada pelbagai etnik.Beliau dapat keuntungan lumayan sebanyak RM3000.00 sebulan dari kedai tersebut.Tambahan pula ,En.Salim berkerja sambilan sebagai pembuat roti canai di Foodcourt K12,UPM untuk menambahkan pendapatan beliau.

Bagi En.Salim,Negara ini memberi kehidupan baru kepada nya. Kerajinan beliau berkerja mendatangkan hasil yang lumayan kepadanya. Kini beliau hidup selesa di sini,kerana keluarga beliau di Mumbai hidup cukup bahagia dengan hasil pendapatan beliau di sini. Walaupun hidup di sini selesa,aman damai namun hati beliau tetap rindu dekat hulu kampungnya. Beliau ingin balik ke Negara asal beliau tahun depan untuk melangsungkan pernikahan beliau.Walaupun hujan emas di negeri orang,hatinya tetap rindu akan kampung yang serba kekurangan itu.

Friday, August 1, 2008

sebelum dan selepas

sebelum

selepas


sebelum



selepas




sebelum





selepas






sebelum







selepas








sebelum






selepas










sebelum




selepas

















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Wednesday, July 30, 2008

berat mata memandang berat lagi bahu memikul




Apakah keadaan buruh asing di negara kita?



migran -migran indonesia berkerja di tapak pembinaan,UPM

Hidup rakyat Indonesia kini menjadi lebih sengsara selepas bencana alam seperti t-sunami,peletusan gunung berapi dan banjir yang sering melanda. Taraf hidup Negara tersebut semakin hari semakin turun namun kos hidupnya makin hari makin tambah sehingga segelintir rakyat Indonesia mencari kerja ke luar Negara seperti Malaysia ,Thailand dan lain-lain lagi. Kenaikkan harga minyak dan harga barang –barang keperluan seperti beras.gula,tepung menyebabkan rakyat Indonesia sanggup menjadi buruh di Negara-negara luar.

Migran-migran dari Indonesia sering kali mencari perlindungan di Negara kita. Mereka membuat apa jua kerja untuk kuli yang murah supaya dapat menampung keperluan keluaraga mereka di Indonesia. Mereka menjadi pembantu rumah,buruh kasar dalam sektor pembinaan,sektor perladangan,sektor pembinaan jalan raya bagi upah yang rendah. Ada yang segelintir migran Indonesia berkerja lebih daripada 8 jam untuk upah yang rendah. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap tinggal sebagai setinggan di tempat mereka kerja masing-masing.

Kemiskinan di Negara mereka menyebabkan mereka lari ke Negara lain ,namun kesengsaraan hidup mereka tetap tidak berubah langsung. Ada di kalangan mereka yang didera oleh tuan mereka supaya kerja keras dan gaji yang dijanjikan tidak di bayar langsung.Ada juga majikan –majikan yang tidak bagi pasport dan data-data pengrenalan buruh asing supaya mereka tidak lari ke tempat lain. Kerja-karja berat yang dibuat oleh buruh-buruh asing hanya
tempat tinggal buruh asing di tepi tapak pembinaan....
dibayar dengan upah yang rendah. Di mana perginya perasaan kemanusian yang dimiliki oleh segelintir majikan? Kerajaan harus memainkan peranan penting dalam menangani isu ini supaya migran-migran dari luar Negara dapat hidup selesa di sini.