Thursday, September 18, 2008
gembira
laut membiru keistimewaan Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson..
Rumah Teepe-ala Red Indian menjadi pilihan utama para pelancong untuk menginap...
Kegembiraan merupakan satu perasaan yang dilalui oleh setiap individu dalam hidup
mereka tanpa mengira umur,jantina dan bangsa. Saat-saat gembira menjadi memori yang indah dalam diari seseorang dan menjadi pemangkin yang menceriakan hidup seseorang terutama sekali masyarakat meterialistik yang terlalu mengejar kearah impian tanpa menghiraukan perasaan untuk berasa gembira dengan keluarga atau tersayang. gembira bersama keluarga..
Melancong merupakan salah satu saat gembira yang boleh dilalui oleh seseorang bersama keluarga mereka. Masyarakat yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sekali-sekala memerlukan hiburan untuk menenangkan fikiran mereka. Artikel ini berlandaskan satu pelancongan di Port Dickson,Negeri Sembilan. Port Dickson sememangnya popular dengan pantai-pantai yang indah serta pelbagai tempat penginapan untuk pelancong. Bagi mereka yang ingin bergembira dengan kelaurga mereka, Port Dickson merupakan pilihan utama yang menjamin memori yang indah selama-lamanya.
Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah keluarga India yang sedang bergembira di Bandar Port Dickson. Eagle Ranch Resort menjadi pilihan keluarga ini semasa mereka melancong ke Port Dickson. Menurut salah seorang ahli Keluarga tersebut, iaitu Pn.Letchumy ibu kepada empat orang anak, Eagle Ranch Resort menjadi pilihan utama mereka , dimana mereka sering menginap semasa cuti.
Malah tempat ini juga menyediakan pelbagai ala tempat penginapan seperti Tepee,Rumah Pedati,Rumah Panjang dan juga Rumah Papan untuk para pelancong menginap. Disini juga terdapat Ladang Burung Unta,kemudahan-kemudahan untuk bermain seperti memanah,menunggang kuda dan lain lain lagi.
Laut membiru diserlakan dengan pemandangan hijau serta angin yang bersepoi-sepoi bahasa membina suasana yang indah untuk bergembira bersama insan yang disayangi. Kunjungilah ke Port Dickson untuk bersukaria semasa musim cuti secara ramai-ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment