Thursday, September 18, 2008
Warna warni kehidupan Masyarakat India Chetti……
masyarakat India Chetti,Gajah Berang
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan “daya” yang bererti kecergasan fikiran dan akal. Malaysia merupakan negara yang terkenal kerana pelbagaian etnik dan kebudayaannya. Budaya sesebuah kaum akan membentuk cara hidupan harian kaum tersebut serta menjadi identiti yang menggambarkan cara hidup mereka kepada kaum lain. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai budaya masing-masing yang telah diperaktikan sehingga kini. Salah sebuah etnik yang mempunyai pelbagai adat serta gaya hidup yang menarik dan budaya yang menggambarkan kombinasi budaya tiga kaum majoriti di Malaysia iaitu budaya Melayu,India dan Cina ialah etnik India Chetti.
Masyarakat Chetti wujud semasa pemerintahan Parameswara dan kebanyakan daripada mereka merupakan kumpulan pedagang yang tinggal di Kampung Kling dan Kampung Belanda pada masa itu. Pedagang-pedagang ini berasal dari Pantai Coramendel, Kalingapatnam, Selatan India dan Tamil Nadu.
Pada masa dahulu, ada kalangan masyarakat Chetti menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri seperti Jawatan Bendahara manakala pada zaman Pemerintahan Belanda, mereka dikenakan kawalan ketat oleh pihak Belanda dalam urusan perniagaan sehingga menyebabkan mereka berpindah ke kawasan pedalaman seperti di Gajah Berang, Bachang dan Tengkera.
Kesan daripada peristiwa itu,mereka telah menukar peniaga kepada petani. Kini perkampungan Chetti yang terletak di Gajah Berang berada di bawah pentadbiran pemegang amanah atas nama kovil Sri Poyatha Venayagar Moorthi.Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidaklah boleh disamakan dengan masyarakat chettier yang terkenal di bidang meminjamkan wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-laidalam bahasa Tamil.
Akibat bertembungan budaya India dengan budaya Melayu, budaya masyarakat ini bercampur pelbagai adat dari budaya India dengan budaya Melayu. Walaupun mereka beragama Hindu,namun bahasa ibunda mereka bukan bahasa Tamil ,tetapi bahasa Melayu.
perkhawinan masyarakat Chetti
makanan Chetti
Tambahan pula, cara berpakaian mereka juga hampir sama seperti orang Melayu,iaitu berpakaian kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala. Malah makanan mereka juga hampir sama seperti masyarakat tempatan iaitu masak gerang asam,sambal belimbing telur ikan,masak pin dang dan lain –lain lagi.
perayaan Ponggal
Perkhawinan masyarakat ini juga menarik dan unik sekali kerana mereka berpakaian seperti Baba dan Nyonya. Kaum wanita berpakaian baju berlengan panjang dan bukannya sari serta kaum lelaki pula berpakaian serban dan baju Melayu labuh. Namun sedemikian, mereka akan melangsungkan perkhawinan seperti orang India iaitu akan mengikat tali. Kaum ini hidup bermasyarakat dan tolong –menolong antara satu sama lain dan hidup secara harmoni. Pada musim perayaan mereka akan berkumpul secara ramai-ramai untuk menyambut dengan meriah sekali seperti perayaan Ponggal dan Thiruvila. Hidup masyarakat Chetti yang berwarna –warni dengan pelbagai budaya melambangkan hidup masyarakat Malaysia iaitu “WARNA-WARNI MALAYSIA”.
gembira
laut membiru keistimewaan Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson..
Rumah Teepe-ala Red Indian menjadi pilihan utama para pelancong untuk menginap...
Kegembiraan merupakan satu perasaan yang dilalui oleh setiap individu dalam hidup
mereka tanpa mengira umur,jantina dan bangsa. Saat-saat gembira menjadi memori yang indah dalam diari seseorang dan menjadi pemangkin yang menceriakan hidup seseorang terutama sekali masyarakat meterialistik yang terlalu mengejar kearah impian tanpa menghiraukan perasaan untuk berasa gembira dengan keluarga atau tersayang. gembira bersama keluarga..
Melancong merupakan salah satu saat gembira yang boleh dilalui oleh seseorang bersama keluarga mereka. Masyarakat yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sekali-sekala memerlukan hiburan untuk menenangkan fikiran mereka. Artikel ini berlandaskan satu pelancongan di Port Dickson,Negeri Sembilan. Port Dickson sememangnya popular dengan pantai-pantai yang indah serta pelbagai tempat penginapan untuk pelancong. Bagi mereka yang ingin bergembira dengan kelaurga mereka, Port Dickson merupakan pilihan utama yang menjamin memori yang indah selama-lamanya.
Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah keluarga India yang sedang bergembira di Bandar Port Dickson. Eagle Ranch Resort menjadi pilihan keluarga ini semasa mereka melancong ke Port Dickson. Menurut salah seorang ahli Keluarga tersebut, iaitu Pn.Letchumy ibu kepada empat orang anak, Eagle Ranch Resort menjadi pilihan utama mereka , dimana mereka sering menginap semasa cuti.
Malah tempat ini juga menyediakan pelbagai ala tempat penginapan seperti Tepee,Rumah Pedati,Rumah Panjang dan juga Rumah Papan untuk para pelancong menginap. Disini juga terdapat Ladang Burung Unta,kemudahan-kemudahan untuk bermain seperti memanah,menunggang kuda dan lain lain lagi.
Laut membiru diserlakan dengan pemandangan hijau serta angin yang bersepoi-sepoi bahasa membina suasana yang indah untuk bergembira bersama insan yang disayangi. Kunjungilah ke Port Dickson untuk bersukaria semasa musim cuti secara ramai-ramai.
Monday, September 8, 2008
cemas
seorang mahasiswa berwajah cemas memikirkan tentang peperiksaannya
Seorang pemandu memandu dengan cemas pada
waktu malam
Cemas
Tuhan mencipta umat manusia dengan pelbagai perasaan seperti gembira,marah, geram,cinta,sedih dan juga cemas. Mengikut Kamus Dewan, perasaan cemas didefinasikan segai perasaan bimbang , risau, gelisah dan takut yang akan menghantui diri seseorang ,apabila berada dalam keadaan yang kurang selesa.
Peresaan cemas akan menyelubungi diri seseorang apabila mereka berada dalam situasi yang baru seperti berucap di hadapan khalayak yang ramai,memandu kereta pada waktu gelap secara perseorangan dan membuat ulangkaji pada saat-saat terakhir untuk menghadapi peperiksaan boleh menyebabkan seseorang menjadi cemas secara tiba-tiba.
Beberapa petanda fisiologikal akan wujud dalam seseorang apabila mereka berasa cemas. Lazimnya mereka berasa kakinya bergetar,tapak tanganya berpeluh,sesak nafas dan jantungnya berdenyut kencang. Dalam keadaan begini si mangsa berasa pitam dan fikirannya buntu seketika. Tambahanpula, mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kerja dan tidak boleh bertindak secara spontan dan berasa seperti dirinya kaku. Misalnya ,pada waktu malam yang gelap , memandu kereta perseorangan di kawasan pedalaman memebuatkan sesetengah orang berasa cemas dan berfikir yang bukan-bukan. Maka , mereka akan memandu kereta dengan laju dan mungkin menyebabkan kemalangan yang dasyat. Perasaan cemas memang mengundang beberapa masalah kepada manusia. Namun ,terdapat juga beberapa langkah yang mudah untuk memulihkan keadaan sebegini.
Antaranya,mangsa harus bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan dan menyedari bahawa perasaan cemas itu ,hanya perasaan yang normal sahaja. Malah,mangsa juga harus menarik nafas dan menenangkan fikiran seketika dan rehat secukupnya. Ingatlah memori-memori yang indah supaya tidak berasa takut dan seseorang itu harus tahu menangani perasaan cemas kerana ia mungkin memudaratkan kesihatanya.
Wednesday, September 3, 2008
man at work
mahasiswa UPM sibuk ambil gambar
sarapan pagi baik untuk kesihatan
Pak Ngah sibuk meneliti kamera digital
senyum selalu
aduh..mengantuknya
cara mahasiswa UPM ambil gambar di kantin FBMK
Gaya pelajar berdiri di atas jambatan Kolej KMR,UPM
Cara pegang kamera di tunjukkan oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang fotografi